Thursday, 17 March 2011

TOK BELAGAK MAKIN FAMOUS

Jais siasat lagi


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan melakukan siasatan terperinci berhubung ajaran dibawa seorang lelaki dikenali sebagai Tok Belagak yang bernaung di bawah persatuan Darul Saka yang bergiat aktif di pinggir bandar raya ini.
Pengarah Bahagian Siasatannya, Shahrom Maarof berkata, pihaknya pernah melakukan siasatan berhubung perkara itu tahun lalu selepas menerima maklumat pengadu yang mendakwa ajaran dibawa lelaki berusia 50-an itu meragukan.

Menurutnya, ketika itu Jais mendapati tiada perbuatan menyalahi hukum syarak dilihat sewaktu melakukan penyiasatan terhadap Tok Belagak.

“Bagaimanapun kami akan menyiasat sekali lagi selepas pendedahan seorang pengadu disiarkan Harian Metro. “Dalam beberapa hal, (bukan merujuk kepada Tok Belagak) kita bimbang jika ilmu perubatan sesuatu ajaran yang disalurkan kepada pengikut menyebabkan pengikut taksub sekali gus apa pun kata guru, mereka kata betul.

“Mengikut Seksyen 8B Enakmen Jenayah Syariah Selangor, sesiapa menyatakan dia mengetahui perkara di luar pemahaman manusia boleh didakwa. Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Menurutnya, Jais berharap pengadu tampil memberikan kerjasama bagi membantu siasatan berhubung dakwaannya.


Katanya, beberapa tahun lalu pihaknya pernah menyiasat mengikut Seksyen 8B Enakmen Jenayah Syariah Selangor mengenai seorang wanita di Ampang yang mengaku wali dan mendakwa boleh nampak roh turun.

“Tetapi setakat diketahui, ajaran Tok Belagak tak menampakkan ciri-ciri penyelewengan namun kami akan tetap menyiasat,” katanya.

Laporan muka depan Harian Metro semalam memetik, seorang ibu tunggal berumur 56 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Siti mendakwa bimbang dua anak lelakinya berusia lingkungan 30-an terpesong akidah Islam sebenar apabila didapati melakukan beberapa amalan pelik selepas didakwa menyertai kumpulan diketuai Tok Belagak itu.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jaissiasatlagi/Article/index_html

1 comment:

  1. JAIS pernah lakukan siasatan dan ternyata Tok Belagak bebas daripada sebarang unsur-unsur penyelewengan.

    Sekarang ada lagi nak buat fitnah. Nampok sangat la dengkinya

    Nampaknya yang buat fitnah dalam akhbar Harian Metro tu kena siapkan duit banyak-banyak la dari sekarang.

    ReplyDelete